SEJARAH PSS

SMK Kuala Selangor telah dibuka pada akhir tahun 2011. Oleh kerana terdapat beberapa masalah, PSS hanya dapat digunakan pada awal Januari 2015. Maka bermula tahun inilah buku-buku baru didaftarkan dan guru-guru serta pelajar-pelajar boleh membuat pembacaan NILAM,pinjaman dan pemulangan buku.
Perkara pertama yang dilakukan pada awal Januari 2015 ialah membeli sistem online PS-Sentral, seterusnya mendaftar semua bahan cetak dan bukan cetak yang terdapat dalam PSS.
Pihak PKG Kuala Selangor juga telah datang ke PSS SMK KUSEL untuk melaksanakan program khidmat bantu PSS pada 14 - 15 April 2015.
Dengan penggunaan sistem online PS-Sentral, dapat membantu memudahkan GPM dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Gambar-gambar di bawah ialah program khidmat bantu PSS dari PKG Kuala Selangor.






No comments:

Post a Comment